22 Mac 2012

Lapuran Data Penglibatan Koko tahunan

Setiap tahun PPD akan meminta statistik Data Penglibatan Koko dari setiap sekolah. Maklumat ini mudah diperolehi dengan SPKB dan membantu mengurangkan kesilapan sekaligus mengurangkan perbezaan maklumat.

Lapuran ini juga menjimatkan masa dalam menyediakan lapuran.




















Data Penglibatan Koko tahunan




Sistem ini jika di gunakan di peringkat PPD juga membantu mengeluarkan statistik penglibatan mengikut kumpulan seperti  MP, KP, NGO  dan sebagainya dengan pantas tanpa mengira secara manual.

20 Disember 2011

Takwim atau Kalendar koku

Takwim Aktiviti Sepanjang Bulan/Tahun boleh dibuat secara otomatik bila anda membuat
perancangan mingguan untuk aktiviti kokurikulum di dalam SPKB. Aktiviti yang dirancang terus disimpan di dalam kalendar. Fungsi ini menjimatkan masa perancangan koku.
Dengan mengklik pada kalendar, aktiviti-aktiviti yang dijadualkan untuk hari itu akan terpapar.
Ini memudahkan penyediaan fail meja. Dalam 30 minit anda akan siap penjadualan aktiviti-aktiviti untuk tahun ini.

Aktiviti kokurikulum dijadualkan dari awal tahun. Jadual Aktiviti-aktiviti yang padat memerlukan Takwim Tahunan yang jelas untuk mengelak dari pertindihan.


Kalendar boleh dicetak untuk simpanan Fail Meja

Kalendar koku  simpanan Fail Meja.

Mencatit kehadiran, penglibatan dan pencapaian murid

Mencatit kehadiran murid dan pelajar untuk aktiviti kokurikulum menjadi asas perkiraan prestasi markah kokurikulum murid.


Antaramuka disediakan untuk Guru Koku mencatit kehadiran, penglibatan dan pencapaian murid sepanjang tahun untuk setiap aktiviti mingguan kokurikulum.

Sistem akan memilih markah penglibatan dan pencapaian tertinggi semasa menilai dan mengira markah secara otomatik. Ini mengurangkan kemungkinan pencapaian murid yang tertinggi tertinggal.

Begitu juga markah jawatan yang tertinggi yang disandang yang akan diambil kira semasa pengiraan markah dilakukan.

15 Disember 2011

Gred Purata Sekolah

Gred Purata Sekolah untuk Kokurikulum





SIJIL UNTUK UPSR

LAMPIRAN 1 BORANG A

BORANG A YANG TELAH DISEDIA ISI NAMA DAN JAWATAN DAN AKTIVITI MURID

Borang A mengandungi maklumat mengenai 3 bidang aktiviti yang di ceburi oleh setiap murid. Tentunya jika di buat secara manual mengambil masa yang panjang. Kini dengan SPKB, borang A yang kosong boleh dicetak dengan cepat tanpa memerlukan data entry atau tindakan lanjut dari guru-guru koko.



ANALISIS PENDAFTARAN

CONTOH ANALISIS MENGIKUT UNIFORM,

BEGITU JUGA ANALISIS UNTUK KELAB/PERSATUAN DAN SUKAN/PERMAINAN BOLEH DIKELUARKAN


ANALISIS PENCAPAIAN GRED MENGIKUT AKTIVITI

1. Analisis Unit Uniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan

2. Analisis pencapaian mngikut aktiviti di sekolah



LAMPIRAN 1 BORANG A

Hanya klik 2 butang menu sahaja!






Borang A. mengandungi maklumat nama  murid, no. k/p, kelas , tingkatan, jawatan-jawatan yang disandang, nama aktiviti untuk setiap bidang aktiviti yang di ceburi oleh setiap murid. Tentunya jika di buat secara manual mengambil masa yang panjang. Kini dengan SPKB, borang A yang kosong boleh dicetak dengan cepat tanpa memerlukan apa-apa data entry atau tindakan lanjut dari guru-guru koko.

1. Pilih Menu



2. Pilih Darjah atau Tingkatan dan Kelas.


LAMPIRAN 2 BORANG B

Hanya klik dua menu sahaja!






Jika kehadiran murid dan peringkat penglibatan dan tahap pencapaian telah dicatit, sistem boleh mengira markah dan mengeluarkan borang diatas secara otomatik! Guru Koko tidak perlu membuat perkiraan tetapi hanya klik butang cetak dan pilih aktiviti untuk mengeluarkan sijil di atas. Suatu fungsi  yang menjimatkan masa.

1. Pilih borang yang dikehendaki.


2. Pilih Darjah atau Tingkatan dan nama Kelas




LAMPIRAN 3 BORANG C


LAMPIRAN 4 BORANG D


atau borang berikut:-



LAMPIRAN 5, BORANG E

atau borang berikut:-




12 September 2011

Ciri-ciri yang dapat menjimatkan masa

Sistem Pengurusan Koko Bersepadu ini mengeluarkan borang-borang berikut: -

1. Mengeluarkan Sijil Penilaian Markah Kokurikulum pada hujung tahun kepada setiap murid.

2. Mengeluarkan senarai Markah Kokurikulum mengikut Tingakatan dan Kelas untuk dipamerkan untuk semakan murid.

3.Keputusan Penilaian Kokurikulum untuk murid SPM/STPM

4. Mengeluarkan Takwim dan Rancangan Kokurikulum tahunan

5. Menyimpan Gambar murid untuk dicetakkan ke Lampiran 1 BORANG A

6. Mengira markah kehadiran berpandukan kepada lapuran aktiviti mingguan

7. Mengira markah akhir berpandukan jawatan bonus/anugerah

8. Mengira gred, GPA dan CGPA berpandukan markah akhir

9. Mengeluarkan Lampiran 1, BORANG A

10. Mengeluarkan Lampiran 2, BORANG B

11. Mengeluarkan Lampiran 3, BORANG C

12. Mengeluarkan Lamprian 4, BORANG D

13. Mengeluarkan Lampiran 5, BORANG E

13 Mei 2011

PANDUAN PENGGUNA UNTUK SISTEM PENGURUSAN KOKURIKULUM 2011

Pengenalan

Sistem Pengurusan Kokurikulum Bersepadu ini membantu menjimatkan masa dalam pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi pengurusan rekod kehadiran setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

Dengan mencatit kehadiran, penglibatan dan pencapaian setiap kali aktiviti diadakan ini akan memudahkan Penyelaras Koko mengikuti prestasi semasa setiap pelajar.

Markah yang digabungkan di hujung tahun di buat secara otomatik.
Begitu juga panduan pemberian markah disediakan untuk mempercepatkan proses
pengiraan tanpa kesilapan.

Perisian ini boleh digunakan secara percubaan dengan percuma.
Ini membolehkan anda menilai kesesuaiannya untuk sekolah anda tanpa risiko.

Dapatkan download ini dengan menghantar emel kepada ezykokurikulum@ymail.com . Berikan nama sekolah dan alamat supaya kami boleh emelkan SPKB. Perisian boleh dipasang diseberapa banyak PC.

Ianya mudah dipasang dan mudah digunakan dan panduan penggunaan ada di Start Menu.