Takwim Aktiviti Sepanjang Bulan/Tahun boleh dibuat secara otomatik bila anda membuat
perancangan mingguan untuk aktiviti kokurikulum di dalam SPKB. Aktiviti yang dirancang terus disimpan di dalam kalendar. Fungsi ini menjimatkan masa perancangan koku.
Dengan mengklik pada kalendar, aktiviti-aktiviti yang dijadualkan untuk hari itu akan terpapar.
Ini memudahkan penyediaan fail meja. Dalam 30 minit anda akan siap penjadualan aktiviti-aktiviti untuk tahun ini.
Aktiviti kokurikulum dijadualkan dari awal tahun. Jadual Aktiviti-aktiviti yang padat memerlukan Takwim Tahunan yang jelas untuk mengelak dari pertindihan.

