20 Disember 2011

Mencatit kehadiran, penglibatan dan pencapaian murid

Mencatit kehadiran murid dan pelajar untuk aktiviti kokurikulum menjadi asas perkiraan prestasi markah kokurikulum murid.


Antaramuka disediakan untuk Guru Koku mencatit kehadiran, penglibatan dan pencapaian murid sepanjang tahun untuk setiap aktiviti mingguan kokurikulum.

Sistem akan memilih markah penglibatan dan pencapaian tertinggi semasa menilai dan mengira markah secara otomatik. Ini mengurangkan kemungkinan pencapaian murid yang tertinggi tertinggal.

Begitu juga markah jawatan yang tertinggi yang disandang yang akan diambil kira semasa pengiraan markah dilakukan.